3. URUTAN BAHAGIAN DADA DAN PERU
Rajah 3.1 Dada dan perut
Bahagian dada dan perut merupakan bahagian yang sensitif dan penting bagi tubuh bayi. Urutan dibahagian ini dapat melancarkan pengaliran darah ke jantung dan paru-paru . Urutan dibahagian ini juga dapat membina pertumbuhan tumbesaran tubuh badan bayi.” Berhati-hati semasa melakukan urutan di bahagian ini kerana ia merupakan bahagian yang sensitif kepada bayi”.
Gambar foto 3 :Bahagian dada dan perut.
Usap bahagian tengah dada dari dalam keluar tanpa mengangkat kedua belah telapak tangan.
Gerakkan tangan dalam bentuk hati dan tolak perlahan – lahan ke tengah dada
Usap menyerong dari sebelah bahu kanan sehingga ke bahu kiri dan bahu kiri ke bahu kanan secara silang menyilang.
iv. Angkat kaki bayi,tekan perlahan-lahan kearah badannya.ia membantu menenangkan otot-otot pada perut.
v. Gunakan
bahagian tepi kedua dua tangan lakukan usapan seolah olah mendayung
pada perut bayi,
sebelah
tangan dan diikuti
sebelah
lagi
URUTAN KHAS BAHAGIAN PERUT
Sila rujuk link di bawah
- Gerakkan jari jemari kesekitar pinggangnya dari sebelah kiri hingga sebelah kana
- Bentukkan bulan separuh terbalik,usap dengan tangan kanan secara pusingan jam dari kiri ke kanan, tangan kanan diatas dan tangan kiri dibawah dan ikuti pergerakan pusingan jam
- satu gerakan”I” ke bawah dibahagian kiri perut bayi dengan menggunakan tangan kanan.Lakukan satu gerakan terbalik “L” dari kiri ke kanan
- Lakukan satu gerakan terbalik “U” dari kiri ke kanan, semasa latihan ini di buat katakan “I LOVE YOU” dengan nada suara yang penuh kasih sayang.
Bahagian Belakang4. Bahagian kaki dan Belakang
Urutan belakang badan bayi dapat meransangkan pembentukan sendi-sendi dan anggota-anggota keseluruhan badan bayi,ia adalah kerana bahagian belakang terdapat tulang utama yang boleh membentuk flexsibiliti tubuh badan.
Bahagian Kaki
Urutan pada bahagian kaki dapat membantu dalam pembentukan bentuk kaki,bahagian kaki juga merupakan bahagian yang penting kerana di bahagian ini terdapat salur –salur darah utama yang menghubungkan dengan anggota –anggota tubuh badan bayi.Tunjukkan Cara Urutan Dada Bayi
No comments:
Post a Comment